Monday 21 February 2011

Vote For Your Future...

Assalamualaikum.... Pada hari ini, di universiti aku sedang sibuk dengan pilihan raya..meriah jugak la tadi..tapi yang buat gua terperanjat undi bukan pangkah kat kertas der..tapi pangkah dengan hanya menekan klik sahaja...haha..canggih tak canggih..SPRM pun tak de macam nie...tapi bila pikir balik advantage dia memang cepat dan tak buang masa just pergi kat kaunter amik password then g tempat mengundi isi ID and Password terus klik calon pilihan...Selain daripada tu, memang sah-sah la tak ada undi rosak kan...bagus..Idea yang bernas untuk mengelakkan daripada undi-undi rosak yang menyusahkan pihak pengurusan mengira undi...risiko untuk pengundi hantu tak ade la...tapi setahu aku kat peringkat U nie ada ker pengundi-pengundi hantu??mungkin ada mungkin tak..nak tahu kene la buat kajian sendiri..hahaha...agak bersepah jugak la sampah-sarap dan manifesto-manifesto yang tergantung...biasa la adat kat Malaysia,sampai time pilihan raya habis semua ruang akan digantung dengan gambar dan macam-macam lagi...Inilah pemimpin masa depan...kita dah didedahkan dengan macam mana nak memenangi hati orang ramai...membuat orang percaya pada kita..satu perkara yang amat susah..tapi once orang dah percaya pada kita ia merupakan satu tanggungjawab yang besar..bukan sahaja dari segi tugas tetapi dari segi kepercayaan orang terhadap kita..Dalam masyarakat kita lebih cenderung untuk mencari kesalahan dan menjatuhkan orang untuk kepentingan sendiri..Kadang-kala sikap seperti ini hanya untuk kepuasan diri tidak membawa kebaikan apa-apa pon..baik orang yang dijatuhkan mahupun orang yang menjatuhkan..susah dalam masyarakat kita untuk memberi peluang kedua..Bagi kita bila orang salah sekali selamanya dia salah...Pemikiran macam tu perlu kita kikis sebab kesalahan itu suatu perkara yang lumrah..Everyone make mistake..we're not perfect..Tapi bukan alasan sebagai insan yang tak sempurna untuk melakukan kesalahan kali kedua...perubahan demi perubahan perlu dilakukan untuk kebaikan diri sendiri... Saxophonist Amerika,Coleman Hawking menyatakan "If you don't make mistakes, you aren't really trying." Ada lagi satu yang menarik "The man who makes no mistakes does not usually make anything. " seorang lawyer dan diplomat dari Vermont. Cuba la renungkan dengan pemikiran masyarakat kita sekarang..CHOWWW!!!!!

                                                      

No comments:

Post a Comment